Saturday, September 10, 2016

Bab 1

Bab 1 : Bismillah..
“Dian akan tunggu selagi mana mampu, kalau ditakdir kita ada jodoh,adalah nanti “ Jan,2015..
    ENGKAU rasa apa la yang bangang sangat Poli ni suruh kita stay weekend  ni, diaorang ingat aku ni takda family ke?”

Aku dah mula mengomel semenjak setengah jam yang lepas bila pengumuman pelajar baru dikehendaki menghadiri sesi khursus Mahasiswa pada hujung Minggu ni. Manakan tidak, sepatutnya selepas habis sesi suaikenal ni, bagilah peluang pulang ke kampung. Tetapi, sudahnya aktiviti tidak berfaedah ini lah sibuk dianjurkan. Panjang aku mengomel tapi tiada respon langsung dari Suffian.

Pian yang masih sibuk melayan mesej sekadar menjeling pudar.

            “Oii,Pian…!! Kau ni tak dengar ke aku cakap ape?”

“Ish, mu ni..bakpo mu jerit-jerit ke aku,”

“Dok rok cetong mu ni, tobat aku ar”, mulutnya yang tadi membisu mula mengomel panjang. Itu la asyik melayan kekasih hati sahaja di talifon, kawan nya bosan melata ni tidak ingin dilayan.

            Gumpalan asap mula memenuhi ruang bilik tidur, agaknya memang dah banyak duit si Suffian ni. Bukan main senang hati merokok dalam bilik waktu macam ni. Biasanya kami akan lari ke tandas atau di koridor. Al maklum la, Politeknik agak tegas sedikit tentang kawasan merokok. Tapi buat Pian, segalanya mungkin.

Alaaa..macam iklan Kotex tu..

Aktiviti malam memang aku dan Pian akan penuhi dengan aktiviti baring sambil berborak bagi mengisi ruang-ruang masa yang ada. Berbeza sedikit dengan beberapa pelajar lain yang biasanya akan ke surau atau ke bilik belajar. Bagi aku belajar hanya didalam kelas,cukup lah dari jam 8 pagi sehingga 6 petang menilik setiap ruangan kertas modul-modul yang penuh terdampar atas meja.

Untuk ke surau pula, sudah agak jarang aku ke sana, entah la. Akhir-akhir ni solat pun dah jarang aku lakukan. Sampai satu tahap aku sendiri keliru bacaan rukuk & sujud yang hampir sama. Itu belum doa Qunut, sebab rasanya cuma Qunut pendek yang aku ingat..!!

Ada ke yang pendek. Teruk dah aku ni.

            Sebilik dengan Pian banyak memberikan keselesaan dan kesenangan dalam aspek berkongsi bilik. Semua barang aku, hak peribadiku tetapi semua barang Pian,hak kami bersama. Hahaha. Yang cuma sedikit rimas kerana kerap kali ”Team Ganu” akan membuat majlis syura di bilik, cuma bezanya input nya penuh dengan benda-benda yang sia-sia dan mengjengkelkan untuk dibual bersama.

Jangan ingat perempuan sahja kuat bergosip..!!
PETANG tu aku ke ATM sekejap sambil meninggalkan kawan-kawan kelas yang aku rasakan terlalu kerap berkepit bersama. Sengaja diberikan alasan untuk ke kedai runcit sebentar di kawasan Merlimau Utama, sedangkan perjalanan hanya untuk ke ATM. Tetapi dari Jabatan Mekanikal untuk sampai ke ATM perlu melalui Jabatan Kejuruteraan Awam, bangunan cafeteria, Jabatan Sains & Bahasa dan juga bangunan perpustakaan. Jabatan yang banyak gadis-gadis comel berkumpul, contohnya Jabatan Perdangan & Jabatan Hospitaliti sahaja yang jadi penguat kenapa kaum Adam masih rajin untuk berjalan kaki. Perjalanan seribu batu ni aku yakin mampu buat ketiak masing-masing berenang.

Ibarat kalau kita ke tandas untuk mandi, pasti busuk semula bila tiba pulang ke bilik nanti. Jauh yang amat!!

            Mata liar seorang lelaki mula membuat penilaian dan pemerhatian apabila tiba dikawasan yang dipenuhi gadis-gadis. Tapi dalam kes aku ini bukan untuk cuci mata, cukup sekadar melihat pemandangan indah ciptaan Allah. Yang lain-lain tu bonus!!. Hahaha

Eh,berdosa. Zina mata tu.

            Pemerhatian aku tiba-tiba terganggu akibat sapaan seorang gadis. Kelegaan buat hatiku, akhirnya ada juga wanita di PMM nak menegur aku. Rupa macam ni pun ada yang teringin tau.

“Farhannnn..!!” jeritan yang diberikan cukup buat nama aku bergegar di seluruh pelosok kawasan Politeknik.

Jodoh yang aku harap bertemu, rupanya bala menimpa. Puihh.

Fiza, tak bertudung, pendek-pendek comel, putih dan yang last ni sahaja aku tak tertahan, suara lantang macam mak nenek. Maklumat tambahan untuk bakal-bakal suami yang nak masuk meminang, jodoh yang ini suka sangat bergosip.

Lemah aku nak melayan si Fiza ni.

Dia ini rakan sekerja aku di kampung dahulu sebelum kami bersama daftar masuk di PMM. Fiza seorang kawan yang aku boleh senaraikan sebagai kawan yang agak baik. Bila aku senaraikan begitu, hanya kerana dia sering belanja aku untuk bersarapan pagi. Hahahah

            “Wei, Farhan.. apa yang kau mengelamun”

            “Cari jodoh ea?”

Menggeleng kepala.

            “Dah tu kau buat apa kat sini, dengan rambut kau berseringai ni”

            “Main laying-layang Fiza, nak join?” sengaja aku berikan jawapan sarkarstik.

            Raut wajah fiza mula menampakan simptom-simptom untuk mengamuk. Kulit putihnya mula sedikit menebal dan kemerahan. Bibirnya seakan-akan berbicara tetapi secara sunyi. Itu dah nak mula mengomel la tu.

            “Kau ni, aku tanya betul-betul kan. Bila last kau kena sepak dengan aku?” Dia mula mengetap rahangnya yang cukup kecil kalau dibandingkan dengan tapak tangan aku.

            “Alahai,kau pun satu. Yang aku duk tercongok kat barisan depan ATM ni dah sah-sah la aku nak bawa keluar duit”

            Anak mata Fiza dinaikkan ke langit sambil mendongak. Apa entah yang difikirkan.

            “Eh, a’ah ek!” sengaja digarukan kepala yang tidak gatal. Nak tunjuk kebodohan ditempat awam la tu.

            “Kau seorang je ke ni Fiza?”

            “Bukan biasa awek-awek macam kau ni berjalan segerombolan ke?”. Macam dah jadi kebiasaan untuk pelajar perempuan disini berjalan beramai-ramai seakan-akan baru pulang mengaji dari rumah Tok Imam.

            Tapi ada bagus juga bila pelajar ada tabiat sebegitu. Paling tidak faktor untuk berlaku perkara yang tidak diinginkan akan agak rendah apabila berjalan secara berjemaah.
Contoh ganguan jin berkepala hitam!!.

            “Taklah, aku dengan classmate aku tu hah.” sambil menundingkan ke arah seorang pelajar perempuan yang aku kira susuk tubuhnya seakan tiang lampu.

            “Yang muka serabut tu ke?”

            “A’ah”, Fiza masih memerhatikan rakan kelasnya yang dari tadi wajahnya kelat semacam.

            “Dia dah takda mimik muka lain ke nak diserlahkan?”

            “Orang tengah ada masalah, biasalah”

            Aku tertarik dengan seseorang yang raut wajahnya bermasalah dan ada iras-iras nak mengamuk pada bila-bila masa. Urmm menarik.

            “Kirim salam kat kawan kau!” terus aku pergi tinggalkan Fiza yang masih terkulat-kulat mencari kad banknya dari tadi.

Kerana destinasi aku sekarang, kantin!!.

            Selesai azan magrib, aku ke tandas untuk mandi. Tuala, bakul alatan mandi, baju, seluar, rokok & pemetik api. So perfect.!!

Nyalakan rokok, buka pili, kemudian melangok. Indah sungguh waktu magrib macam ni. Kalau di kampung, pasti mendidih telinga dibising oleh orang tuaku. Sebab waktu sebegini, syaitan dan jin berkeliaran terutama dalam tandas. Tapi aku manusia yang suka mandi lewat senja, dengan alasan sibuk pada waktu petang.

Selesai persiapan aku untuk kelas esok, terus aku melabuhkan sauh. Cukup-cukuplah aktiviti hari ni. Tidur adalah tujuan utama aku buat waktu sekarang.

            Lantunan mesej yang dari tadi masuk baru kini aku membelek. Biasanya dari keluarga dan rakan kelas sahja. Buat malam ni,ada sekeping mesej yang aku tak sangka isinya sebegitu. Yang akan bermula arena musibah dalam hidup aku. Cumanya aku tak menyedari perkara tu akan berlaku.

Fiza : Kawan aku tadi kirim salam semula pada kau.
Farhan : Kau ada kawan ke kat sini? J
Fiza : Menyesal aku tak sepak kau tadi. Mestilah ada. Dia kirim salam pada kau.
Farhan : Kawan kau yang muka serabut tu?
Fiza : Iyelah
Farhan : Beritahu pada dia,kirim salam sahja tak mencukupi. Kena datang pakej no talifon sekali. Baru ada usaha. Hahahah
Fiza : Nah, ni no dia 017-6783267. Nadrah Binti Azman
Farhan : Cun,tq. Nyte

Save dulu dalam fon, entah betul atau tidak nombornya. Esok aku akan siasat. Aku nak siasat latar belakangnya untuk dijadikan latar kehidupan aku kelak.
ARENA kelas ibarat medan perang. Bezanya kami memegang pen dan kertas. Dan membezakan pelajar lain dan aku, adalah aku tak memegang apa-apa sekalipun. Keinginan aku untuk mencari ilmu tidak terlalu tinggi, kerana cita-cita aku untuk menjadi pembuat kek & roti cukup kukuh dijadikan alasan kenapa aku tidak punyai hati untuk menempuh hari-hari yang berlalu disini.

            “Keluarkan kertas & simpan nota awak semua”, Pn.Khadijah yang mengajar subjek Kejuruteraan Sains ini masih gagah mengajar setelah hampir 2 jam kelas berlangsung. Dan sekarang, kuiz pula yang dia teringin lakukan.

Rupa aku nampak macam bersedia ke untuk kuiz hari ni?!

            Bermodalkan fikiran dibawah sedar, aku meniliti setiap sudut soalan yang berlegar di atas kertas. Aku belek, dan terus belek. Aku fokus memandang helaian kertas yang terdampar soalan-soalan yang baru habis ditelaah sepanjang kelas tadi. 15 Minit berakhir, Alhamdulillah selesai waktu menjawab kuiz dan aku juga masih bernyawa berisi. Cumanya kertas sahaja yang kosong, kosong terbang melayang.

            Lantaran kuiz selesai maka dengan penuh hormat, selesai kelas kami untuk hari ini. Tugasan yang tak pernah lekang kembali menghantui setiap ceruk-ceruk meja belajar dibilik. Kebanyakkan tugasan aku seronok jika dilakukan secara berkumpulan, andai tugasan yang diberi adalah individu , maka aku tetap akan lakukan secara kumpulan. Maksud aku jawapannya secara berkumpulan.

            “Farhan, jom malam ni makan kat café bawah nok?” Pian yang dari tadi asyik berangan dah mula menunjukkan tanda-tanda ingin mengganggu masa lapang aku.

Yang buat aku rasa untuk mengheret muka Pian ke tanah adalah dia tak pernah menghabiskan makanan nya sendiri dan perut aku ibarat tong sampah untuk nya. Segala saki baki makanan akan dipindahkan secara automatik ke dalam pinggan aku. Setiap kalinya.

            “Aku malas nak turun ke bawah,ramai sangat orang” aku kurang selesa ditempat orang yang terlalu ramai atau bising. Jadi itu cukup kukuh untuk aku mengelak pelawaan Pian.

            “Alaa,aku lapo dah ni. Mu kang dok makang mende lagi dari pagi.”

Aku mencebikkan bibir sambil menghalakan penumbuk ke mukanya. Tanda kalau-kalau dia lebih teringin makan penumbuk dari nasi. Walaupun kami dibangunan V3 yang berdekatan café, tetapi amatlah menyedihkan sebab berada di tingkat paling atas sekali.. Banyak anak tangga untuk dipanjat.

            “Aku makan maggi je lah kang. Lagi pun nak kena jimat duit. PTPTN pun aku belum dapat lagi”. Aku sentiasa sedar yang duit bukan perkara yang boleh dibazirkan, sebab bukan mudah untuk diperolehi.

Keluarga aku datang bukan dari kalangan yang Berada atau terlalu senang. Pak aku bekerja dalam bidang swasta yang mana pekerjaan nya biasa sahja. Mak pula hanya suri rumah yang menjual kuih dan pisang goreng dijalanan.

            Hidup yang aku paham dari kecil adalah tak sehebat seperti dalam kaca televisyen yang mana sengketa nya adalah seorang anak VVIP yang ingin hidup berdikari, tidak ingin mengambil alih syarikat keluarga. Kemudian ada isu dengan pasangan hidup berbeza darjat, kemudian lagi sesuatu berlaku dan penuh konspirasi sehingga mereka bahgia dan kaya raya akhirnya. Plotnya sedikit lebih kurang untuk semua drama melayu di Malaysia. Hujungnya perut aku akan sentiasa berkeroncong kelaparan juga.

            Dari kecil lagi, untuk hidup esok aku perlu berkejar menyiapkan kuih-muih pada waktu pagi untuk dijual pada sebelah petang. Setiap hari tujuan aku ke sekolah adalah untuk menjual kuih & snek ringan pada rakan sekolah supaya pada esok hari kami sekeluarga punya wang untuk berbelanja.

            Kadangkala aku akan teringat,yang ada ketika kami selalu tak mampu untuk membeli tong gas. Dan kebiasaanya kami sering memasak menggunakan dapur kayu. Untuk lauk pauk, telur akan menjadi hidangan diraja buat kami sekeluarga. Sering kali kicap dan minyak ikan menjadi santapan waktu siang, pada sebelah malam roti menjadi pilihan utama.

            Rumah yang kami sekeluarga kediami kadangkala akan dihalau keluar. Kebiasaanya kerana Pak aku tidak mampu membayar sewa bulanan. Mak seperti biasa,tabah hingga kini. Tak pernah aku terdengar atau teringat sedikit keluhan atau rintihan. Yang buat aku cemburu dengan Mak, bagaimana dia hadapi semua ni dengan senyuman. Kadang kala aku benci dengan orang sekeliling kerana tidak membantu kami sekeluarga, yang mana ketika itu aku boleh dikatakan sebagai anak yang belum berdosa. Aku masih kecil yang amat, tapi cukup kuat dan dewasa untuk hadapi semua tu bersama keluarga.

            Pakaian sekolah aku sangat lusuh, kesemua adik beradik aku juga begitu. Getah di stokin yang berlubang. Kasut bersaiz besar kepunyaan Angah. Baju sekolah yang kuning, lusuh & jarang. Seluar yang koyak bertampal di kocek tanpa bertali pinggang. Aku sedikit pun tak pedulikan semua tu, yang penting bagiku setiap bungkusan kuih dan snek selamat dibawa ke sekolah. Bagi aku, itulah kehidupan sebenar. Aku dididik untuk menghayati dunia sebenar dengan cara menghadapi bukan menikmati.

 Menguatkan keutuhan jiwa aku adalah wajah tenang Pak, yang tidak pernah terdengar keluhan letih atas kudrat mencari rezeki. Ini mungkin kerana iktizamnya dalam mencari rezeki buat isteri dan anak-anak. Bagi Mak pula, susah macam mana sekalipun di dunia, jangan sesekali lupa pada Yang Maha-Esa.

Rindu telur hancur dan kicap masakan mak. Di café PMM ni makan sebegitu sahaja dah hampir Rm3, pada mak semua percuma. Mak!!


End of “BAB 1”  

Saturday, August 13, 2016

Prolog

PROLOG
Ini bukan macam kisah drama sinetron Tv3 atau drama melayu pukul 7. Atau pun kisah-kisah cinta melodramatik yang penuh klise dan emosi. Cerita ini memang sengaja aku kongsikan, bukan untuk orang tahu apa yang tersurat & apa yang tersirat. Kisah ini aku tulis sebab aku nak jelaskan apa yang ENGKAU tak pernah nampak dan ketahui yang mana ENGKAU sendiri tak berminat nak ambil tahu tanpa sebarang prejudis. Kisah ini untuk bantu ubat hati ENGKAU yang terluka dahulu kerana salah faham dan keterlanjuran aku mencintai orang lain. ENGKAU, MIRA MARDIANA BINTI MOHD HUSIN…

Farhan –Januari,2015




Bismillah..


“Aku cintakan kau bukan kerana wajah tulus dan lemah tutur kata kau tetapi kerana kasih kau pada illahi yang teguh dan utuh.” –farhan,

“Bukan kerna benci atau dendam yang membuat aku begini, tetapi kerna perasaan seorang wanita yang lemah membuat aku menyepi tanpa kata, menghilang tanpa daya.” – Dian


“Aku masih kat sini bukan kerana kasih, tetapi cuma sekadar penuhi janji dan simpati je..!”, kata-kata itu kuat menikam ke dalam hati Nadrah. Lantak lah apa yang dia nak fikir dan anggap,cukup lah aku yang mengalah dan tunduk padanya selama ni. Mukanya memang layak ditampar,tetapi sebagai lelaki budiman, aku simpan sahja didalam kotak fikiran hanya untuk berimaginasi tentang perkara tu.


“Jika saya harap awak takdir hidup saya,,sudi tak jd imam saya …”

“Jika sudah ditakdir rusukku adalah penemanmu,,Menjadi imammu dunia dan akhirat adalah kebahagianku,kerelaanku dan janjiku..” – Jun 2013, 00:12